Wednesday, May 25, 2011

Gelas minuman kosong

Aku terpandang di tepi monitor sebuah gelas minuman, tetapi ianya kosong. Aku tidak terasa dahaga maka aku mengabaikan sahaja gelas tersebut.

Mengigau..

Sedang aku meneliti skrin, tiba-tiba kedengaran bunyi pelik disebelah aku. Kucingku mengigau, aku kembali sambung memandang skrin.

Monday, May 23, 2011

Kucingku berasa bosan

Berdekatan dengan aku terdapat sebuah meja. Kucingku melompat keatasnya dan mengiau dengan kuat lalu aku mengangkatnya dan mengiau bersama-samanya. Kemudian aku meletakkannya kembali ke kedudukan asal dan menyambung kerjaku.

Tangan tetikus gatal

Tangan yang mengendalikan tetikus mulai gatal dan tanpa berlengah lagi aku terus menggarunya. Gatal pun reda dan aku pun meneruskan aktiviti yang memerlukan penggunaan tetikus tersebut.

Terlalu banyak tab pada browser

Sedang aku melayari internet, aku nampak betapa banyaknya tab yang telah aku bukak. Patut la rasa berat bila melakukan kerja pada komputer ni. Terdapat sedikit keinginan untuk menutup kesemua tab tersebut, tapi aku biarkan dan teruskan melayari internet.